Monday, October 22, 2012

tentang forensic exam lagi

salam. 

kawan-kawan, sahabat kita, syaza liyana, ada dapat contoh-contoh soalan forensic exam dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan exam ni (tutorial, note, etc.)
beliau dah email kat saya dan semua sekali ada 50 files. 
oleh sebab banyak sangat (dan saya malas nak upload kat google doc -__-"), kalau ada antara kalian yang nak jugak benda-benda yang syaza bagi ni, sila beri alamat email kepada saya dan saya akan meng-forward-kan email syaza tu terus kepada kalian
boleh tinggalkan alamat email kat bahagian komen di blog ini atau fb.

sekian, terima kasih.

saya yang menjalankan tugas,
aqilah huzir =)


credit to syaza ^^

Friday, October 12, 2012

preparation for forensic exam

sila klik pautan ini

selamat mendownload dan semoga membantu =)

Thursday, October 4, 2012

CPD & forensic exam

1. continuing professional development (CPD)

sila ke pautan ini untuk mendaftar.

register sebagai new user kalau belum pernah mendaftar.
panduan mengisi borang:
- salary scale: p1 t4
- organizational level: state
- facility: hospital
- mailing address: same as org. address

fyi, registration ini adalah wajib untuk kita semua.
nanti kalau dah collect point untuk CPD, boleh terus update.


2. forensic exam

dah boleh register sekarang untuk exam 19 november ni. 
application deadline is on 29 october 2012.

click here for more information.

update - tentang exam ni, sila tanya supervisor masing-masing dulu sebab maybe pihak hospital yang akan settlekan untuk anda. tq. 

credit to nani ridz! thanksomuch! =D

jemputan ke majlis perkahwinan faziela =)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

Kami & sekeluarga dengan seikhlas hati mengundang Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik sekeluarga ke Majlis Perkahwinan saya 
Nur Faziela Mohd Rashid dengan pilihan hati Mohd Hanis Salleh pada:

Pihak perempuan:
Hari: Sabtu, 3 November 2012 bersamaan 18 Zulhijjah 1433H
Waktu: 12.00tgh-5.00ptg
Tempat: 9223 Kg. Alor Damat, Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu

Pihak lelaki:
Hari: Sabtu, 17 November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434H
Waktu: 12.00tgh-4.00ptg
Tempat: 21, Lorong Permatang Badak Baru 25, Perumahan Bukit Rangin, 25150 Kuantan, Pahang

Semoge kehadiran saudara/saudari memeriahkan lagi majlis kami.


Kepada rakan taulan, sila drop alamat untuk mendapat kad jemputan... Terima Kasih... ^_^


as seen on the event's fb page.

congratulations ziela & hanis!

jemputan ke majlis perkahwinan syar =)



Assalamualaikum wbt,

Dengan penuh rasa kesyukuran saya, pasangan dan keluarga menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk ke Majlis Pernikahan dan Perkahwinan kami;

*******************************************************
Syarifah Radhiyah bt Hj. Salimin & Mohd Aizuddin b Mohd Noor
*******************************************************

[Majlis Ijab Qabul]
Tarikh: 10 November 2012 (Sabtu)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Masjid Kampung Melayu Raya, Sagil, Tangkak.

[Majlis Pengantin Perempuan]
Tarikh: 11 November 2012 (Ahad)
Masa: 11.00 pagi-5.00 petang
Tempat: No 3, Kampung Melayu Raya, Sagil, 84900 Tangkak Johor

[Majlis Pengantin Lelaki]
Tarikh: 17 November 2012 (Sabtu)
Masa: 11.00pagi-5.00petang
Tempat: No 9, Lorong PS 34/39, RPT Paduka Setia, Kg Boyan, 34000 Taiping Perak.

Semoga dengan kehadiran serta iringan doa restu rakan-rakan serta keluarga akan menyerikan lagi majlis kami serta dilimpahi rahmat dan diberkati Allah swt.

Buat sahabat-sahabat, anda boleh msj kami alamat untuk penghantaran kad jemputan =)


as seen on the event's fb page.

congratulations syar & aizuddin! =)