Sunday, December 23, 2012

walimatul urus hanis hazwanie


Assalamualaikum wbt

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berfikir.” [Ar-Rum: 21]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas pemberian nikmat dan limpah kurniaNya, selawat dan salam ke atas baginda tercinta Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan dengan izin Allah swt, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri kami ; sahabat-handai, saudara mara, guru-guru, lecturers, yang jauh mahupun yang dekat ke Majlis Walimatulurus & Majlis Kesyukuran Faieq & Hanis
InsyaAllah seperti berikut…

Upacara Akad Nikah

pada 19 Januari 2013
di Masjid As-Salam, Puchong 
jam 9.30 am

Pihak Pengantin Perempuan

pada 19 Januari 2013 / 7 Rabiulawal 1434H (Sabtu)
di No 32, Jln Suria Tropika 3, Tmn Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor
jam 11.30 am – 4pm

Pihak Pengantin Lelaki

pada 26 Januari 2013 / 14 Rabiulawal 1434H (Sabtu)
di PT 1550, Tmn Pondok Yaakob Samba, Jln Kota Bharu, 16800 Pasir Puteh, Kelantan 
jam 11.30 am – 6pm


Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakkal kepadaMu. Limpahkanlah rezeki kepada mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dilimpahi nur iman, sakinah dan mawaddah di dunia dan seterusnya di syurgaMu insyaAllah”

Akhir kata, semoga dengan kehadiran kalian dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini dan lebih diberkati Allah. Dan doakan kami untuk menjadikan pernikahan ini sebagai suatu lembaran baru dalam menuju syurgaNya nan abadi.

Manusia hanya mampu merancang.. Tetapi Allah jualah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya tiada lah yang lebih baik dr perancangan Allah.

Ameen.

#sila PM address anda untuk penghataran kad jemputan


*as seen on the event's fb page



congrats hanis & faieq! =D