Monday, December 20, 2010

Tazkirah Isnin: KeLeBiHaN SoLaT JeMaAh


Solat adalah anugerah yang amat istimewa. Tidak ada satu perintah pun yang di terima Nabi dengan secara terus menerus dari Allah SWT selain dari solat. Pasti ada rahsianya mengapa ibadah solat diberi dengan cara yang paling unik dan di tempat yang lebih tinggi dari Syurga al-Firdaus. Ilmu Allah umpama lautan yang tiada tepiannya. Memahami setitik dari rahsia ini sudah besar ertinya kepada kita. Penemuan hikmah di sebalik solat boleh diumpamakan sebagai penemuan kunci untuk membuka pintu kejayaan.

Nabi s.a.w. menyatakan bahawa solat berjemaah melebihi 25 kali nilainya dari solat bersendirian. Jika kita mengandaikan nilai solat berjemaah itu umpama memperoleh 25 mata, maka jumlah yang diperoleh seseorang dalam masa seminggu adalah 875 mata. Sementara jumlahnya dalam sebulan ialah 3500 mata. Bandingan solat sendirian hanyalah 35 mata untuk seminggu atau 150 mata sahaja untuk sebulan. Dari sudut peratus, kelebihannya adalah 2333%. Mata ini hanya perumpamaan untuk memudahkan kita memahami kedudukan solat jemaah. Sekiranya kita memindahkan kepada nilai mata wang, apakah yang boleh dibelanjakan oleh seseorang yang memperoleh RM 150 sebulan, jika dibandingkan dengan seorang yang memperoleh RM 3500 sebulan? Ini hanya gambaran solat fardu yang dilakukan secara berjemaah. Bayangkan jika ditokok tambah pula dengan amalan sunat yang lain. Jika setiap kali solat kita diberikan RM 25 seorang, mungkin ramai yang akan berbaris untuk menunaikan solat jemaah. Hakikatnya, nilai pahala adalah jauh lebih tinggi dari apa yang kita sangka, apatah lagi dengan nilai wang ringgit. Pahala adalah hak Allah SWT, kita tidak dapat menentukan pahala atau mengukurnya. Mencari pahala itu sudah baik, tetapi yang lebih baik ialah mencari reda Allah SWT yang tidak ada batasannya. Pahala sekali solat sunat fajar sahaja digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sama dengan dunia dan isi kandungannya. Dapatkah kita bayangkan pahala solat fardu secara berjemaah? Justeru, kelebihan ini tidak boleh dipandang ringan. Lantaran usia kebanyakan manusia amat singkat, kita dianjurkan mencari al-Baqiyat as-Solihat, iaitu amal yang berpanjangan dan impaknya besar kepada diri dan masyarakat. Amalan dalam kategori ini adalah solat jemaah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan al-Baqiyat as-Solihat (amal yang kekal lagi baik) adalah lebih pahalanya di sisi Tuhan mu dan lebih baik untuk diharapkan.” Al-Kahfi 18:46.

Rasulullah s.a.w. amat menitik beratkan solat jemaah. Perkara pertama yang Baginda dirikan semasa hijrah ke Madinah adalah mendirikan masjid, tempat manusia berkumpul, bermasyarakat dan mendirikan solat berjemaah. Persoalannya, mengapakah solat berjemaah itu diberi perhatian berat oleh Rasulullah s.a.w.? Solat jemaah berkaitan dengan sistem mengatur hidup bermasyarakat. Tidak ramai di kalangan kita yang menyedari kepentingan solat jemaah dari aspek pembangunan umat. Kelebihan solat jemaah sudah cukup untuk menjadi tanda (clue) tentang kepentingan solat berjemaah. Bertitik tolak dari sini maka kita mengenali bahawa sebenarnya solat jemaah adalah kunci membina kekuatan dan tamadun umat. 

Pepatah Melayu yang mengatakan ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’ adalah kenyataan yang paling tepat bagi menggambarkan prinsip solat jemaah ini. Kita bersatu hati dan perbuatan ketika menunaikan solat jemaah. Apabila bersatu maka timbullah kekuatan. Maka dengan itu solat jemaah kunci kepada kekuatan umat. Kita boleh bersatu dalam solat harian, solat Jumaat, solat Tarawih, solat Idil Fitri dan Adha, tetapi, mengapa kita tidak boleh membawa prinsip kesatuan hati dan iman ini di luar solat? Alangkah indahnya jika umat Islam memahami, bahawa solat jemaah yang sering dilakukan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan kasih sayang dan mengikat hubungan kesatuan yang amat diutamakan dalam Islam. Allah SWT mengingatkan kita tentang prinsip ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” 




Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahualam.
Moral of da story: Jom kita start solat brjemaah dari sekarang...Even seorang professor dari Amerika pun dpt menyedari tentang hebatnya solat berjemaah..tetapi nape kita yang dilahirkan sebagai seorang Islam masih degil & tak nak terima hakikat ini!!! Katakan mahu pada SOLAT JEMAAH!!!^__^

Sumber: 
1. http://pinggiranusj.forumotion.com/tazkirah-f11/part-3-rahsia-solat-berjemaah-t38.htm
2. http://irwan007.wordpress.com/2006/11/30/kelebihan-solat-berjemaah-menurut-teori-fizik/

No comments:

Post a Comment

What say you?