Saturday, August 18, 2012

salam lebaran

Taqabbalallahu minna wa minkum =)

Thursday, August 16, 2012

our convocation day!

our convocation day is on monday, 8th october 2012.
click here to view the schedule.



congratulations to all =)
and selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir batin =')

Tuesday, August 14, 2012

buat clearance dari kampung


1.
Pergi bank muamalat, buat bayaran rm130 (+ yuran industry kalau ambik) kepada UIA.
Ada bank yang memang dah ada borang bayaran khas untuk UIA, ada bank yang tak ada borang so guna borang bank-in biasa.
No akaun UIA: 1407 000 000 5719
Kalau guna borang biasa, pegawai bank akan suruh tulis nama, no. matrik dan no. IC atas borang tu nanti.

2.
Scan slip bayaran dan emel kepada: znoralhuda@iium.edu.my

3.
Call mahallah office.
No telefon UIA: 09-5716400
Mintak operator sambungkan ke ofis mahallah talhah.
Bagi nombor matrik.

4.
Beli 1 sampul surat yang saiznya lagi besar daripada A4.
Fotostat sekali slip bank tadi.

5.
Pargi pejabat pos, beli 1 sampul pos ekspres dan beli 1 setem untuk sampul surat besar tadi (setem seringgit je). Tulis nama dan alamat sendiri atas sampul pos ekspres. Masukkan sampul pos ekspres ke dalam sampul surat besar bersama MATRIC CARD & SALINAN SLIP BANK tadi.

6.
Sampul besar tu, alamatkan kepada:
Puan shariza ahmad,
Academic affairs,
One stop student centre,
UIAM kampus kuantan,
Jln sultan ahmad shah,
Bandar indera mahkota,
25000 kuantan, pahang.

7.
Nanti kad matrik yang dah berlubang akan dipos balik kat kita, sekali dengan transkrip.

p/s: Step di atas adalah untuk orang yang tak ada masalah hutang apa-apa dengan UIA.


Terima kasih kak hannah & kak hasanah!! =D

Wednesday, August 8, 2012

transcript, clearance, convo


TRANSCRIPT & CLEARANCE

1.
Bayar dulu graduation fee rm130 (+ rm7.50 untuk yang buat industrial attachment) kat finance dept UIA kuantan (kalau nak bayar kat UIA gombak, pun dekat finance dept jugak.).

2.
Lepas dah bayar, turun bawah pergi A&R ambik transcript (perlu matric card sebab akan ditebuk lubang kat matric card tu). Isi log book clearance dan transcript akan diberi. Dia akan tanya la dah bayar ke belum graduation fee, etc.
TRANSCRIPT SEMUA DAH ADA KAT UIA KUANTAN.

3.
Bayaran boleh dibuat dengan cara bank-in tapi sangat lecey. Lagi senang kalau mintak tolong rakan-rakan yang ada tolong bayarkan.

4.
Transcript boleh mintak rakan-rakan tolong ambikkan, tak ada matric card pun tak apa. Tapi bukti bayaran kena ada, sebab tu lagi senang kalau bayar cash direct kat finance daripada bank-in.

5.
Kalau mahallah tak clear kena pergi sendiri kat mahallah masing-masing dan clearkan.

6.
Basically, lagi senang kalau pergi sendiri dan settlekan semua sendiri sebab kalau mintak tolong orang lain, takut ada benda yang kena buat sendiri.


CONVOCATION

1.
Convo kita pada 6, 7, 8 Oktober 2012 di UIA gombak.

2.
Pharmacy punya turn tak tau lagi bila. Akan diumumkan kemudian.

3.
Surat convo akan sampai ke rumah masing-masing.  Dalam tu ada details pasal bila kena ambik robe, aturcara majlis, grad certificate..

4.
Setiap orang dapat 2 seat (selalunya mak dan ayah) tapi kalau nak extra seat, kena pergi A&R Gombak dan tanya ada seat ke tak. Selalunya siapa cepat dia dapat.

5.
Grad robe boleh simpan 2 mingu selepas convo, untuk ambik gambar, etc.

6.
Grad certificate yang sebenar akan diberikan setelah robe dipulangkan kat UIA gombak.


Credit to izhar & yazid!! =)

Wednesday, August 1, 2012

clearance

1.
Clearance dah boleh buat.  Kalau nak semak status, sila ke sini.


2.
The new system is online, no more borang-borang untuk dibawa ke setiap dept. untuk dicop atau disahkan.

3.
Check clearance masing-masing dan settelkan mana yang NOT CLEAR saja, kemudian baru boleh dapat transcript.

4.
Untuk finance, kita kena bayar graduation fee rm130.00. pada yang buat industrial attachment, kena bayar extra rm7.50.

5.
Untuk dept. lain, depends on problem masing-masing. May be tak sama antara satu sama lain.

OPTION 1: PERGI UIA KUANTAN
Pergi ke dept. yang NOT CLEAR dan tanya apa yang nak disettlekan. Lepas dah settle, terus ke OSC, jumpa kak shariza untuk dapatkan transcript. That’s it! No more borang-borang.

OPTION 2: ONLINE SYSTEM
Sila contact dept. yang NOT CLEAR, tanya macam mana dan settlekan. Jika kena buat sebarang bayaran, sila ke bank muamalat terdekat dan bank-in the required amount pada akaun IIUM, scan resit bank-in tu dan emelkan kepada sr. siti from finance dept. 
alamat emel: znoralhuda@iium.edu.my
Untuk transcript, sila poskan sampul pos ekspres yang lengkap diisi dengan nama dan alamat sendiri kepada alamat UIA (OSC). Nanti sr. shariza akan poskan transcript tu.

6.
TRANSCRIPT HANYA AKAN SIAP DALAM MINGGU DEPAN.  
Hanya orang yang dah CLEAR everything saja akan dapat transcript. Siapa yang tak pos sampul ekspress kena pergi ambik sendiri la.

7.
Kalau siapa-siapa yang dah check status clearance masing-masing, rasanya kebanyakannya yang NOT CLEAR adalah FINANCE dan MAHALLAH.
Untuk FINANCE, mungkin sebab belum bayar graduation fee dan yuran industrial attachment tu.
Untuk MAHALLAH, jee dah call mahallah. Kita kena pergi UIA kuantan jugak untuk serahkan kad matric, baru boleh CLEAR.

8.
Kesimpulannya, online sysem ni maksudnye tak ada borang je. Kita still kena ke UIA kuantan jugak untuk bagi kad matric dan clearkan mahallah. Graduation fee pun senang kalau bayar cash kat finance je kot, then boleh terus ambik transcript kan. Ikut la mana yang memudahkan korang.
Kalau nak tanya apa-apa, boleh call UIA (09-5716400) atau kak jaja (09-5704088).
Atau tanya je kat fb, inshaAllah rakan-rakan kita yang baik akan cuba membantu. Kalau tak ada fb, comment kat blog ni pun boleh =)


Credit to hanis, jee, izhar dan semua yang bagi info kt fb =D