Showing posts with label alumni. Show all posts
Showing posts with label alumni. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

walimatul urus kak tikah =)


congrats kak tikah!! =D

walimatul urus syafiza a.k.a che nor =)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Alhamdulillah,dengan penuh rasa kesyukuran di atas limpah kurnia Allah S.W.T. dan dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput Tuan/Puan/rakan-rakan/saudara-mara serta yang mengenali untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kami,

MUHAMAD HAZIQ BIN HASHIM & NURSYAFIZA BINTI ZAINI
Pada : 
30 MAC 2013 (SABTU)
Di Alamat : 

DEWAN ALWY,
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN M'SIA (FRIM)
52109 KEPONG, SELANGOR


p/s : Majlis diadakan bersama pihak lelaki dan perempuan.

Semoga dengan kehadiran saudara mara dan rakan2 dapat memeriahkan lagi majlis kami.

Sesiapa yang nak kad sila PM saya..tenkiu :)


as seen on the event's fb page


TAHNIAH SYAFIZA! =)

Sunday, December 23, 2012

walimatul urus hanis hazwanie


Assalamualaikum wbt

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berfikir.” [Ar-Rum: 21]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas pemberian nikmat dan limpah kurniaNya, selawat dan salam ke atas baginda tercinta Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan dengan izin Allah swt, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri kami ; sahabat-handai, saudara mara, guru-guru, lecturers, yang jauh mahupun yang dekat ke Majlis Walimatulurus & Majlis Kesyukuran Faieq & Hanis
InsyaAllah seperti berikut…

Upacara Akad Nikah

pada 19 Januari 2013
di Masjid As-Salam, Puchong 
jam 9.30 am

Pihak Pengantin Perempuan

pada 19 Januari 2013 / 7 Rabiulawal 1434H (Sabtu)
di No 32, Jln Suria Tropika 3, Tmn Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor
jam 11.30 am – 4pm

Pihak Pengantin Lelaki

pada 26 Januari 2013 / 14 Rabiulawal 1434H (Sabtu)
di PT 1550, Tmn Pondok Yaakob Samba, Jln Kota Bharu, 16800 Pasir Puteh, Kelantan 
jam 11.30 am – 6pm


Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakkal kepadaMu. Limpahkanlah rezeki kepada mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dilimpahi nur iman, sakinah dan mawaddah di dunia dan seterusnya di syurgaMu insyaAllah”

Akhir kata, semoga dengan kehadiran kalian dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini dan lebih diberkati Allah. Dan doakan kami untuk menjadikan pernikahan ini sebagai suatu lembaran baru dalam menuju syurgaNya nan abadi.

Manusia hanya mampu merancang.. Tetapi Allah jualah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya tiada lah yang lebih baik dr perancangan Allah.

Ameen.

#sila PM address anda untuk penghataran kad jemputan


*as seen on the event's fb page



congrats hanis & faieq! =D

Monday, October 22, 2012

tentang forensic exam lagi

salam. 

kawan-kawan, sahabat kita, syaza liyana, ada dapat contoh-contoh soalan forensic exam dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan exam ni (tutorial, note, etc.). 
beliau dah email kat saya dan semua sekali ada 50 files. 
oleh sebab banyak sangat (dan saya malas nak upload kat google doc -__-"), kalau ada antara kalian yang nak jugak benda-benda yang syaza bagi ni, sila beri alamat email kepada saya dan saya akan meng-forward-kan email syaza tu terus kepada kalian. 
boleh tinggalkan alamat email kat bahagian komen di blog ini atau fb.

sekian, terima kasih.

saya yang menjalankan tugas,
aqilah huzir =)


credit to syaza ^^

Friday, October 12, 2012

preparation for forensic exam

sila klik pautan ini

selamat mendownload dan semoga membantu =)

Thursday, October 4, 2012

CPD & forensic exam

1. continuing professional development (CPD)

sila ke pautan ini untuk mendaftar.

register sebagai new user kalau belum pernah mendaftar.
panduan mengisi borang:
- salary scale: p1 t4
- organizational level: state
- facility: hospital
- mailing address: same as org. address

fyi, registration ini adalah wajib untuk kita semua.
nanti kalau dah collect point untuk CPD, boleh terus update.


2. forensic exam

dah boleh register sekarang untuk exam 19 november ni. 
application deadline is on 29 october 2012.

click here for more information.

update - tentang exam ni, sila tanya supervisor masing-masing dulu sebab maybe pihak hospital yang akan settlekan untuk anda. tq. 

credit to nani ridz! thanksomuch! =D

jemputan ke majlis perkahwinan faziela =)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

Kami & sekeluarga dengan seikhlas hati mengundang Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik sekeluarga ke Majlis Perkahwinan saya 
Nur Faziela Mohd Rashid dengan pilihan hati Mohd Hanis Salleh pada:

Pihak perempuan:
Hari: Sabtu, 3 November 2012 bersamaan 18 Zulhijjah 1433H
Waktu: 12.00tgh-5.00ptg
Tempat: 9223 Kg. Alor Damat, Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu

Pihak lelaki:
Hari: Sabtu, 17 November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434H
Waktu: 12.00tgh-4.00ptg
Tempat: 21, Lorong Permatang Badak Baru 25, Perumahan Bukit Rangin, 25150 Kuantan, Pahang

Semoge kehadiran saudara/saudari memeriahkan lagi majlis kami.


Kepada rakan taulan, sila drop alamat untuk mendapat kad jemputan... Terima Kasih... ^_^


as seen on the event's fb page.

congratulations ziela & hanis!

jemputan ke majlis perkahwinan syar =)



Assalamualaikum wbt,

Dengan penuh rasa kesyukuran saya, pasangan dan keluarga menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk ke Majlis Pernikahan dan Perkahwinan kami;

*******************************************************
Syarifah Radhiyah bt Hj. Salimin & Mohd Aizuddin b Mohd Noor
*******************************************************

[Majlis Ijab Qabul]
Tarikh: 10 November 2012 (Sabtu)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Masjid Kampung Melayu Raya, Sagil, Tangkak.

[Majlis Pengantin Perempuan]
Tarikh: 11 November 2012 (Ahad)
Masa: 11.00 pagi-5.00 petang
Tempat: No 3, Kampung Melayu Raya, Sagil, 84900 Tangkak Johor

[Majlis Pengantin Lelaki]
Tarikh: 17 November 2012 (Sabtu)
Masa: 11.00pagi-5.00petang
Tempat: No 9, Lorong PS 34/39, RPT Paduka Setia, Kg Boyan, 34000 Taiping Perak.

Semoga dengan kehadiran serta iringan doa restu rakan-rakan serta keluarga akan menyerikan lagi majlis kami serta dilimpahi rahmat dan diberkati Allah swt.

Buat sahabat-sahabat, anda boleh msj kami alamat untuk penghantaran kad jemputan =)


as seen on the event's fb page.

congratulations syar & aizuddin! =)

Monday, September 24, 2012

MOHE tracer study - finally

MOHE tracer study dah boleh buat. 
so jangan lupa buat ye. 
:)

p/s - reminder kepada sesiapa yang nak collect robe, sila bawa bersama
robe collection form, slip survey MOHE & IIUM tracer study.

Wednesday, September 19, 2012

MOHE tracer study


To all Graduates,

Kindly be informed that Ministry of Higher Education (MOHE) already open the tracer study system for International Islamic University Malaysia. Presently, MOHE is still checking and updating the data of graduates and it will take some time for them to complete the process. They will open the tracer study system in stages, thus some of you may already have the access to the system and the others may still unable to log in. In the meantime, please keep trying to log in into the system and if you are still unable to log in by 20 September 2012 (Friday), please email your Matric number and IC number/Passport number to tracerstudy@iium.edu.my with the header MOHE-IIUM Tracer Study as your subject title.

Thank you.

p/s - click here for the survey. 

credit to wani ahmad =)

Sunday, September 16, 2012

convocation (reposted)


1.
Sila jangan lupa untuk buat survey ‘tracer study’.
Survey ni boleh dibuat mulai 6/9/2012 sampai 5/10/2012.
Lepas dah buat, jangan lupa print slip untuk dibawa bersama waktu nak ambik robe.
Sila rujuk sini atau sini.


2.
Untuk maklumat lain tentang convo kita (attire, robe collection day, apa yang perlu dibawa masa nak collect robe, awards, etc.) boleh la rujuk sini.


Sekian. Selamat melapor diri. =)

Saturday, September 15, 2012

tips from br. badri

guys, these are some tips from our senior, br. badri, for our PRP posting.
thank you so much bro! =)

  • be good with people. orang tahu kita baru mula kerja, tapi kalau boleh, cepat adaptkan diri.
  • ilmu-ilmu farmasi terutamanya yang basic kena cepat-cepat stand by dalam kepala. contohnya, PCM dose 1000 mg, contoh-contoh antihistamine - chlorpheniramine (piriton), apa itu MMT dan indication, aspirin dose, analgesic, blood thinner.
  • familiarizekan balik group-group ubat, dan indication at least.
  • tapi yang paling penting berbaik dengan semua orang. jangan buat kerek, jangan sombong, jangan nampak bodoh sangat, jangan tunjuk pandai sebab orang akan menyampah.
  • body language kena ada confidence. jangan nampak sangat tak tahu apa-apa. 
  • give impression that you have good attitude. kadang-kadang memang kita tak tahu pun, tapi sebab kita baik dengan orang, ramai suka tolong, ajar kita, etc. 

semoga membantu.
selamat menyiapkan diri untuk kerja, sahabat-sahabat sekalian. =D

Friday, September 14, 2012

posting!







credit to izhar. thanks so much! =D

all the best to all Rx7 members!!

Wednesday, September 12, 2012

tracer study (MOHE)

credit to syamil =)

p/s - IIUM punya survey dah boleh buat, cuma MOHE punya je yang ada masalah sikit ni. apa-apa pun, jangan lupa buat dua-dua survey ni ye. :)

tarikh lapor diri


mari melapor diri ramai-ramai pada 18 sept 2012 ini!! 

ini versi dah confirm punya sebab geng-geng KL dah dapat surat.

good luck sahabat-sahabat semua.
selamat menempuh alam kerjaya =)

credit to hanis :)

Tuesday, September 4, 2012

posting


Menurut Puan Faezah KKM, 
tarikh posting untuk perlantikan baru bagi graduan UIA tak confirm lagi. 
Tapi beliau jangka awal oktober dan surat mungkin akan sampai 
dalam pertengahan atau hujung bulan ni.

Credit to syamil =)

Saturday, September 1, 2012

sijil BTN

akak kat s-dev department cakap 
sijil BTN akan diserahkan kepada kita 
waktu convo nanti.
sekian. 
:)

Thursday, August 16, 2012

our convocation day!

our convocation day is on monday, 8th october 2012.
click here to view the schedule.



congratulations to all =)
and selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir batin =')

Tuesday, August 14, 2012

buat clearance dari kampung


1.
Pergi bank muamalat, buat bayaran rm130 (+ yuran industry kalau ambik) kepada UIA.
Ada bank yang memang dah ada borang bayaran khas untuk UIA, ada bank yang tak ada borang so guna borang bank-in biasa.
No akaun UIA: 1407 000 000 5719
Kalau guna borang biasa, pegawai bank akan suruh tulis nama, no. matrik dan no. IC atas borang tu nanti.

2.
Scan slip bayaran dan emel kepada: znoralhuda@iium.edu.my

3.
Call mahallah office.
No telefon UIA: 09-5716400
Mintak operator sambungkan ke ofis mahallah talhah.
Bagi nombor matrik.

4.
Beli 1 sampul surat yang saiznya lagi besar daripada A4.
Fotostat sekali slip bank tadi.

5.
Pargi pejabat pos, beli 1 sampul pos ekspres dan beli 1 setem untuk sampul surat besar tadi (setem seringgit je). Tulis nama dan alamat sendiri atas sampul pos ekspres. Masukkan sampul pos ekspres ke dalam sampul surat besar bersama MATRIC CARD & SALINAN SLIP BANK tadi.

6.
Sampul besar tu, alamatkan kepada:
Puan shariza ahmad,
Academic affairs,
One stop student centre,
UIAM kampus kuantan,
Jln sultan ahmad shah,
Bandar indera mahkota,
25000 kuantan, pahang.

7.
Nanti kad matrik yang dah berlubang akan dipos balik kat kita, sekali dengan transkrip.

p/s: Step di atas adalah untuk orang yang tak ada masalah hutang apa-apa dengan UIA.


Terima kasih kak hannah & kak hasanah!! =D

Wednesday, August 8, 2012

transcript, clearance, convo


TRANSCRIPT & CLEARANCE

1.
Bayar dulu graduation fee rm130 (+ rm7.50 untuk yang buat industrial attachment) kat finance dept UIA kuantan (kalau nak bayar kat UIA gombak, pun dekat finance dept jugak.).

2.
Lepas dah bayar, turun bawah pergi A&R ambik transcript (perlu matric card sebab akan ditebuk lubang kat matric card tu). Isi log book clearance dan transcript akan diberi. Dia akan tanya la dah bayar ke belum graduation fee, etc.
TRANSCRIPT SEMUA DAH ADA KAT UIA KUANTAN.

3.
Bayaran boleh dibuat dengan cara bank-in tapi sangat lecey. Lagi senang kalau mintak tolong rakan-rakan yang ada tolong bayarkan.

4.
Transcript boleh mintak rakan-rakan tolong ambikkan, tak ada matric card pun tak apa. Tapi bukti bayaran kena ada, sebab tu lagi senang kalau bayar cash direct kat finance daripada bank-in.

5.
Kalau mahallah tak clear kena pergi sendiri kat mahallah masing-masing dan clearkan.

6.
Basically, lagi senang kalau pergi sendiri dan settlekan semua sendiri sebab kalau mintak tolong orang lain, takut ada benda yang kena buat sendiri.


CONVOCATION

1.
Convo kita pada 6, 7, 8 Oktober 2012 di UIA gombak.

2.
Pharmacy punya turn tak tau lagi bila. Akan diumumkan kemudian.

3.
Surat convo akan sampai ke rumah masing-masing.  Dalam tu ada details pasal bila kena ambik robe, aturcara majlis, grad certificate..

4.
Setiap orang dapat 2 seat (selalunya mak dan ayah) tapi kalau nak extra seat, kena pergi A&R Gombak dan tanya ada seat ke tak. Selalunya siapa cepat dia dapat.

5.
Grad robe boleh simpan 2 mingu selepas convo, untuk ambik gambar, etc.

6.
Grad certificate yang sebenar akan diberikan setelah robe dipulangkan kat UIA gombak.


Credit to izhar & yazid!! =)