Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Monday, September 26, 2011

raya raya!

jom beraya ke rumah sahabat-sahabat kuantan kita weekend ni. yeay!


sabtu : rumah hidayah dan kina, dua-dua lepas pukul 12 tgh hari. 

ahad: rumah ayu, lepas zohor.


semua dijemput datang dan memeriahkan open house mereka. :)




p/s: jangan lupa assign leader untuk qroup QA. tq. 

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Lebaran


selamat hari raya aidilfitri
mohon maaf zahir batin sesama kita
kira 0-0 je ye

jangan lupa balik uia semula 
bawak sekali baju raya okay!
 =)

Thursday, May 26, 2011

our asst batch leader's getting married!


[as can be viewed on facebook]





Selamat Datang kepada semua sanak saudara, kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan, guru, ustaz, ustazah, pengajar, pensyarah dan semua yang mengenali kami untuk memeriahkan laman "Getting Married" kami ini.


Insyaallah dengan izin allah swt kami akan disatukan pada tanggal 7 syaaban 1432h bersamaan 9 julai 2011, hari sabtu.

Majlis kenduri di pihak pengantin perempuan akan diadakan pada hari Sabtu 9 Julai 2011 sementara majlis di pihak pengantin lelaki pada Jumaat 15 Julai 2011
Semua dijemput untuk memeriahkan majlis sederhana kami ini.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami, adik beradik kami , saudara mara serta mereka -mereka yang terlibat menjayakan majlis ini.







p/s - semoga kekal sampai syurga.

Thursday, May 5, 2011

jemputan walimatul urus bro syafiq & kak mahfuzah rx5

[jemputan daripada bro syafiq seperti di facebook]



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kami sangat berbesar hati untuk menjemput anda semua ke walimah kami yang akan diadakan sepertimana berikut:

Mahfuzah Ishak
28 Mei 2011:: Sabtu
B-69 Peringkat 3, Bandar Cheneh Baru, 24000 Kemaman,Terengganu

dan

Mohd Syafiq Yusof
4 Jun 2011:: Sabtu
4698 BB Kg Seberang Baroh, Bukit Bayas, 21100 Kuala Terengganu,Terengganu

Jemputla datang ke mana2 majlis ye dan bolehla bagi alamat melalui message atau email untuk proses penghantaran kad.





Terima Kasih :)


Sunday, April 24, 2011

Jemputan Walimatul Urus Br. Muzani Rx-5



Assalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh

Kami ingin menjemput semua ke majlis walimatul urus sempena pernikahan kami yang akan diadakan insya Allah sebagaimana berikut:

Majlis Sebelah Perempuan: 4 Jun 2011 (Sabtu)

Wan Roslina bt. Wan Mohd,
Kg. Banggol Tok Esah, Manir,
21200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Majlis Sebelah Lelaki: 11 Jun 2011 (Sabtu)

Mohd Muzani b. Hasbullah,
No. 4412-A, Kg. Jeram, Manir,
21200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Semoga dengan kehadiran semua dapat memeriahkan lagi majlis dan diberkati oleh Allah s.w.t. Doa-doakan kami moga-moga dipermudahkan urusan dan dirahmati olehNYA

Terima kasih.
 




Monday, April 11, 2011

bbrp hari sblm farewell dinner..

ni ialah update terkini psl dinner:

venue: VIP Lounge KOP
time: 8.30 pm

- dtg tu nnti harap bley tolong2 mana2 yg patut, tgk preparation apa lg yg x siap, ringan2kanlah femur, radius, ulna, tibia, fibula masing2 ye.. :D
- bayaran: RM 10, bro bayar kt Adli, sis bayar kt Hani

menu (yg kita byr rm10 tu):
  • nasi beriyani
  • ayam madu
  • daging hitam
  • sate
  • air
  • dessert


sama2 kita tolong-menolong jayakn dinner ni
time kasih, smua !!

Thursday, April 7, 2011

ape citer terbaru farewell dinner ??

pertemuan dgn Dr. Z dh dibuat, kira mcm jemputan secara rasmi la.
hasilnya?

tarikh yg dipersetujui ialah
13/4 (malam)
* stlh mengambil kira kelapangan kita & tarikh exam yr lain yg ada melibatkn rx-7 *


Dr. Z juga mencadangkn utk dijemput skali lecturer2 lain (utk temankn dia)
cthnya, lecturer2 lain yg akn xde jgk mulai nx sem (smbung blaja)
jd, ada sorg lecturer yg pernah mengajar kita yg akn pegi smbung blaja nt (xde start nx sem) iaitu Mdm. D. tp malangnya, Mdm x de kt Kuantan pd tarikh tersebut, so x dpt la join kita..


seterusnya, perbincangan bersama bbrp komiti awal serta BL & ABL.
hasilnya?

isu 1: tempat serta harga makanan (kos)
hasil perbincangan: buat kt KOP
rasional:
  • jumlah penyertaan (kita) yg ramai, memerlukn kita mencari tempat makan yg boleh accomodate ramai org dlm satu masa (jgkaan: 50 org atau lebih)
  • kalau makan kt luar (restoran), kosnya akn menjadi 2-3x gnda lbh mahal drp kt dalam (makanan+sewa tmpt). jd mungkin ramai org akn x stuju & x dpt join. x bes la kalau x ramai.. the more the merrier :)
  • farewell dinner ni cdgnya nk wt sederhana je, x nk la grand2 sgt mcm AGD (dr sg kos), tp at the same time x nk la cikai2 sgt..

 isu 2: cost/person
hasil perbincangan: max RM 10/person (mgkn blh kurg lg)
  • bergantung kpd kreativiti & kebijaksanaan komiti makanan menguruskn sumber kewangan.. hehe..
  • p/s: duit makan ni kena bayar sndiri ye, x ley guna duit kelas sbb x smua nk join

isu 3: tenaga kerja
[sbb nk murah, nk wt kt dlm, nk ramai boleh join, so kena la sama2 tolong-menolong, bantu-membantu, k..]
hasil perbincangan: bbrp komiti perlu dilantik ad hoc. dn yg lain2 pun akn diassign kemudian utk mmbantu mereka2 ini.
maka, mereka yg terpilih ialah.. jeng3..


makanan & minuman: Awe & Ridzuani & ahli2 rumah beta
tempat & persiapan: Syamil & ahli2 rumah alpha
hadiah: Atik & Aqilah
majlis: Hanis
jemputan (contact person): Adli
bendahari: Azhani
penyertaan & info: Hannah


* mengenai penyertaan, sape2 yg blom confirmkn penyertaan masing2 harap dpt berbuat demikian secepat mungkin, sbb nk tempah makanan (minggu depan dh ni bnda ni..) sis ramai lg yg x confirmkn penyertaan. kalau x nk join pun hrp bgtau ye. bley sms kalau x nk reply kt sini.
* sila confirmkn penyertaan anda, last hari sabtu ni ye (9/4, lepas exam MCQ)


harap smua dpt bg kerjasama ye, tolong-menolong meringankn beban
time kasih, smua !!

Sunday, January 30, 2011

Drive Thru'

Hospital Sutanah Bahiyah (HSB) menjadi hospital ketiga di Kedah menyediakan perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu (FPL) selepas Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dan Hospital Kulim (HK).

Selaras dengan slogan 'Kami Sedia Membantu', pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan ubat ulangan kerana mereka hanya perlu memandu kereta atau motosikal ke kaunter FPL di hospital berkenaan.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Marzuki Mad Isa berkata sepanjang tahun lepas kira-kira 370,000 pesakit berkunjung ke farmasi hospital berkenaan dengan 30 peratus daripadanya adalah kes ulangan.

"Jadi dengan adanya perkhidmatan ini (FPL) diharap ia dapat meredakan kesesakan pesakit dan mengurangkan masa menunggu pesakit mengambil ubat di farmasi utama.

"Pelaksanaan perkhidmatan FPL ini juga dapat menjimatkan masa dan memudahkan pesakit kerana tidak perlu mencari tempat letak kenderaan serta mengurangkan kesesakan di farmasi utama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmatan FPL di HSB di Alor Setar hari ini.

Dr Marzuki berkata pesakit hanya perlu menggunakan perkhidmatan temu janji sedia ada melalui telefon, khidmat pesanan ringkas (sms) atau e-mel sehari sebelum mengambil ubat.

"Nombor temu janji akan dimaklumkan kepada pesakit dan pesakit boleh memandu kenderaan masing-masing tanpa perlu menunggu lama," katanya.

FPL HSB beroperasi pada hari Ahad hingga Rabu mulai 10 pagi hingga 4.30 petang dengan 1 tengah hari hingga 2 petang adalah waktu rehat manakala hari Khamis ia beroperasi mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Kos pembinaan bagi FPL HSB adalah sebanyak RM90,000, manakala FPL HSAH dan HK masing-masing bernilai RM60,000 dan telah dilancarkan pada 24 Jan lepas.

Pada majlis itu, Dr Marzuki turut melancarkan penghantaran ubat melalui perkhidmatan pos laju kepada pesakit yang tidak boleh datang ke hospital untuk mangambil ubat ulangan.

Sementara itu, Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata jika perkhidmatan FPL berjaya dan mendapat sambutan ramai, kemungkinan hari dan waktu operasi FPL akan dilanjutkan.

-Bernama-

Sunday, January 23, 2011

Kulliyyah of Pharmacy: 7th Batch


-Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck-

Monday, January 3, 2011

Interbatch: Rx-7 vs. Rx-8

nfo

by: Ahmad Hilmi

Tuesday, December 21, 2010

Mari Selawat..^_^

Sunday, November 7, 2010

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار



Moral: Alangkah indahnya hidup ini jika setiap perbuatan, percakapan, tingkah laku dan gaya hidup kita seiring dengan junjungan besar Nabi Muhammad, uswah & qudwah yang paling sempurna....^_^

Dedikasi untuk Rx7

"Indahnya Akhlaqmu wahai Rasulullah, begitu sekali pengorbananMu...susah payahMu, penat lelahMu...begitu sekali Rasulullah mencintai kami..meninggalkan Al Quran dan As sunnah menjadi ikutan...namun kami, kadang2 terleka, terlalai, hanyut di bawa arus dunia...entah kenapa , setiap kali bngun pasti akn jatuh kembali...namun kugenggam erat Al Quran dan As sunnahMu...AkhlaqMu akn ku jadikan perhiasan diriku..utk menobatkan aku mencintaiMu Rasulullah" - nukilan Mujahidah (bukan nama sebenar-kattang kali)