Showing posts with label special announcement. Show all posts
Showing posts with label special announcement. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

walimatul urus kak tikah =)


congrats kak tikah!! =D

walimatul urus syafiza a.k.a che nor =)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Alhamdulillah,dengan penuh rasa kesyukuran di atas limpah kurnia Allah S.W.T. dan dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput Tuan/Puan/rakan-rakan/saudara-mara serta yang mengenali untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kami,

MUHAMAD HAZIQ BIN HASHIM & NURSYAFIZA BINTI ZAINI
Pada : 
30 MAC 2013 (SABTU)
Di Alamat : 

DEWAN ALWY,
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN M'SIA (FRIM)
52109 KEPONG, SELANGOR


p/s : Majlis diadakan bersama pihak lelaki dan perempuan.

Semoga dengan kehadiran saudara mara dan rakan2 dapat memeriahkan lagi majlis kami.

Sesiapa yang nak kad sila PM saya..tenkiu :)


as seen on the event's fb page


TAHNIAH SYAFIZA! =)

Sunday, December 23, 2012

walimatul urus hanis hazwanie


Assalamualaikum wbt

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berfikir.” [Ar-Rum: 21]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas pemberian nikmat dan limpah kurniaNya, selawat dan salam ke atas baginda tercinta Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan dengan izin Allah swt, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri kami ; sahabat-handai, saudara mara, guru-guru, lecturers, yang jauh mahupun yang dekat ke Majlis Walimatulurus & Majlis Kesyukuran Faieq & Hanis
InsyaAllah seperti berikut…

Upacara Akad Nikah

pada 19 Januari 2013
di Masjid As-Salam, Puchong 
jam 9.30 am

Pihak Pengantin Perempuan

pada 19 Januari 2013 / 7 Rabiulawal 1434H (Sabtu)
di No 32, Jln Suria Tropika 3, Tmn Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor
jam 11.30 am – 4pm

Pihak Pengantin Lelaki

pada 26 Januari 2013 / 14 Rabiulawal 1434H (Sabtu)
di PT 1550, Tmn Pondok Yaakob Samba, Jln Kota Bharu, 16800 Pasir Puteh, Kelantan 
jam 11.30 am – 6pm


Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakkal kepadaMu. Limpahkanlah rezeki kepada mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dilimpahi nur iman, sakinah dan mawaddah di dunia dan seterusnya di syurgaMu insyaAllah”

Akhir kata, semoga dengan kehadiran kalian dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini dan lebih diberkati Allah. Dan doakan kami untuk menjadikan pernikahan ini sebagai suatu lembaran baru dalam menuju syurgaNya nan abadi.

Manusia hanya mampu merancang.. Tetapi Allah jualah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya tiada lah yang lebih baik dr perancangan Allah.

Ameen.

#sila PM address anda untuk penghataran kad jemputan


*as seen on the event's fb page



congrats hanis & faieq! =D

Thursday, October 4, 2012

jemputan ke majlis perkahwinan faziela =)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

Kami & sekeluarga dengan seikhlas hati mengundang Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik sekeluarga ke Majlis Perkahwinan saya 
Nur Faziela Mohd Rashid dengan pilihan hati Mohd Hanis Salleh pada:

Pihak perempuan:
Hari: Sabtu, 3 November 2012 bersamaan 18 Zulhijjah 1433H
Waktu: 12.00tgh-5.00ptg
Tempat: 9223 Kg. Alor Damat, Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu

Pihak lelaki:
Hari: Sabtu, 17 November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434H
Waktu: 12.00tgh-4.00ptg
Tempat: 21, Lorong Permatang Badak Baru 25, Perumahan Bukit Rangin, 25150 Kuantan, Pahang

Semoge kehadiran saudara/saudari memeriahkan lagi majlis kami.


Kepada rakan taulan, sila drop alamat untuk mendapat kad jemputan... Terima Kasih... ^_^


as seen on the event's fb page.

congratulations ziela & hanis!

jemputan ke majlis perkahwinan syar =)



Assalamualaikum wbt,

Dengan penuh rasa kesyukuran saya, pasangan dan keluarga menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk ke Majlis Pernikahan dan Perkahwinan kami;

*******************************************************
Syarifah Radhiyah bt Hj. Salimin & Mohd Aizuddin b Mohd Noor
*******************************************************

[Majlis Ijab Qabul]
Tarikh: 10 November 2012 (Sabtu)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Masjid Kampung Melayu Raya, Sagil, Tangkak.

[Majlis Pengantin Perempuan]
Tarikh: 11 November 2012 (Ahad)
Masa: 11.00 pagi-5.00 petang
Tempat: No 3, Kampung Melayu Raya, Sagil, 84900 Tangkak Johor

[Majlis Pengantin Lelaki]
Tarikh: 17 November 2012 (Sabtu)
Masa: 11.00pagi-5.00petang
Tempat: No 9, Lorong PS 34/39, RPT Paduka Setia, Kg Boyan, 34000 Taiping Perak.

Semoga dengan kehadiran serta iringan doa restu rakan-rakan serta keluarga akan menyerikan lagi majlis kami serta dilimpahi rahmat dan diberkati Allah swt.

Buat sahabat-sahabat, anda boleh msj kami alamat untuk penghantaran kad jemputan =)


as seen on the event's fb page.

congratulations syar & aizuddin! =)

Saturday, August 18, 2012

salam lebaran

Taqabbalallahu minna wa minkum =)

Tuesday, July 24, 2012

jemputan majlis perkahwinan wani R


congratulations wani! 
jemput datang ramai-ramai =)

Wednesday, March 14, 2012

PROVISIONAL REGISTRATION

fill in this form n submit to WANI MOHD or HAFIZIE before this friday (16 March)...please attach a copy of your IC too...


tolong sebarkan kpd smua kwn kelas kita
envelope n setem smua tu,akan disediakan...
sebarang masalah, sila rujuk CR & ACR

Friday, January 13, 2012

thank you

[entri sempena sem dah habis]

Saya, Aqilah, mantan penolong ketua kelas sem 1 2011/2012, dengan rasa rendah diri, ingin memohon maaf banyak-banyak atas semua salah silap dan kekurangan selama saya memegang jawatan sebagai ACR. Mintak maaf untuk amanah yang gagal terlaksana, untuk hak yang tak tertunai, untuk apa-apa info yang tak terbagitahu, untuk apa-apa pemberitahuan yang tak jelas, untuk masa yang terbazir sebab tunggu lecturer tak datang-datang atau sebab-sebab lain lah, untuk hati yang terkecilkan dan tak terjaga, untuk kelambatan mengupdate blog, untuk semua-semua lah, yang saya tak list. 
Maaf atas semua khilaf dan ketidaksempurnaan, sama ada disengajakan atau tidak.
Terima kasih atas segala kerjasama yang dah diberikan.
Dan saya maafkan korang kalau ada salah dengan saya. Eh? Hahaha..

Good luck kepada barisan pemimpin sem depan. Go wani! Go pijie! =)
Selamat bercuti semua!

Maaf sebab membebel.
Sekian. Peace.

Sunday, January 1, 2012

PT: compilation of trials - edited

boleh download kat link ini:
trials


kredit kepada compiler yang mahu namanya dirahsiakan.
terima kasih. :)


ada edit sikit. kat trial ALLHAT. 
kat atas tu link untuk the edited document.
tq.

Monday, December 26, 2011

appreciation dinner

inshaAllah kita akan buat majlis sikit untuk br. hafiz dan sr.azrin 
esok malam, 27/12
venue: sara thai
bayaran: tak tahu lagi

since sekarang musim exam, tak wajibkan semua pergi la.
so siapa-siapa yang nak pergi, sisters sila bagi nama kat aqilah, brothers kat syamil, 
sebelum pukul 5 petang ni, sebab nak book tempat dan makanan siap-siap.


dinner ni, kalau campur dengan hadiah pun, tak mungkin mampu balas jasa mereka mengajar kita dan tak setanding dengan ilmu yang dah dicurahkan, but at least we can show them that we do appreciate them, right?

thanks.

Tuesday, November 29, 2011

halal pages


madam rohani ada bagi pinjam majalah Halal Pages
kalau ada yang nak belek-belek atau baca, nak cari info untuk assignment halal ke, 
sisters boleh datang bilik aqilah.
brothers boleh mintak kat kelas.
madam bagi pinjam sampai hari jumaat ni je. 

terima kasih. 

daftar undi

sempena CAMPRO, di level 2 KOP ada dibuka booth 
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
so sesiapa yang belum mendaftar untuk mengundi, 
tunggu apa lagi?
jom ramai-ramai daftar. 

kalau dah daftar, nak check status pun boleh jugak.

tq.

Monday, November 28, 2011

Survey Hectic Lifestyle : Its Impact on Academic Performance

Assalamu'alaikum wbt.


Sahabat2 Rx7 yang dirahmati Allah sekalian, di sini saya ingin memohon kerjasama sahabat semua untuk mengisi borang survey ini. Survey ini dijalankan oleh seorang student kita untuk subjek English for Academic Writing (EAW). Survey ini simple je, just isi through online.Target group untuk survey ni Year 3 & Year 4 Kulliyyah of  Pharmacy. Jadi mohon kerjasama semua ya untuk mengisi borang ini. Jika kita mempermudahkan seorang saudara dalam urusannya nescaya Allah akan mempermudahkan juga urusan kita, insyaAllah..


Jazakumullahu khairan katsira..=')


Dear students, can you please complete the questionnaire below for my subject EAW. Your answers will be completely anonymous and confidential. I thank you in advance for participating in this study.
docs.google.com




posted by: sarah

Friday, September 9, 2011

kelas mandarin SLEU

tempoh: 1 sem (untuk belajar yang basic saja)
yuran: rm20/sen (murah sangat berbanding kat luar rasanya)
venue: dalam UIA
masa: 1 kelas/minggu, 1 sesi = 2 jam
ada weekend dan weekdays, boleh buat pilihan sendiri (tapi harus stick to the choice la)
tapi buat masa ni, belum ditetapkan lagi hari apa


sesiapa yang berminat, sila bagi nama, matric no, course, phone no kepada no ini: 014 8282383


tawaran ini hanya terbuka sampai 1st week lepas bukak sem nanti je.
so tunggu apa lagi?


-aqel-

Monday, June 20, 2011

doakan Hasanah

insyaAllah Hasanah Muhamad akan menjalani pembedahan left hemithyroidectomy pada hari Selasa (21/6) jam 8 pagi, di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.


sama2lah kita semua mendoakan agar surgery berjalan dengan lancar, tiada komplikasi selepas surgery dan semoga cepat recoverynya.


amiin.