Monday, March 28, 2011

Tazkirah : Dari sahabat untuk sahabat


 Zaman Dahulu kala (tahun 1821 masihi)
Maka tersebutlah 1 hikayat…hikayat melayu yg gah seantero dunia..Mengisahkan ttg seorang pemuda bernama merong..baek budi & pekertinya...pekerjaannya sebagai pelayar,menjelajah ke seluruh pelusok dunia. Adalah merong ini bermusuhan dengan seorang pemuda lagi, namanya Kemawas..Kerja mereka hanya berantakan & bergaduh sahaja. Dan adapun orang Islam itu bersaudara…maka bila tiba hari raya aidilfitri,mereka pn saling bermaafan n menjalinkn prhubungan silaturahim yang sgt erat..
suatu hari..tepat jam 5.48 pg…
Allahuakbar…Allahuakbar…Assolatu khairun minanaum…
Merong: Kemawas ayuh bangkit…dh subuh ni
Kemawas: so what!!
Merong: Ko jgn nk ngada!!!bgn subuh cepat la
Kemawas: Aku penat..semlm brlatih silat smp kul 5 pg kot..baru nk rehat ni
Merong: Aku taw la…kn kte brlatih sama. Mmg penat tp tugas kte sbg seorg muslim jgn kte lupa. Igt sume bnde yg kte ad ni pn anugerah ilahi. Allah bleh tarik anytime je taw. Bangun n solat la dahulu. Ko xkn mnyesal la kemawas.
Kemawas: Ok2…aku bangun tp aku nk tido lps subuh ek
Merong: Ok la..tp lps bca matsurat ek
Kemawas: T_T

Zaman sekarang (tahun 2011)

   Aku sibuk la..letih plak tu studi,mana larat nak solat..Nanti2 la..

Ok..mungkin ini antara cetusan hati kita bilamana kita sibuk dengan pelbagai urusan harian terutama sebagai mahasiswa farmasi(banyak giler kerja eg report,asignment,quiz,presentation dan nota berlambak2 yg nak kena studi dan ingt).Bidang farmasi ini bukan bidang yang mudah dan sangat memerlukan komitmen yang tinggi untuk keluar menjadi pegawai farmasi yang berkaliber di masa akan datang.Lagi pulak farmasi keluaran UIA, seharusnya kita mahasiswa dalam bidang ini berbeza perwatakan dan cara bekerjanya dari produk2 farmasi keluaran universiti lain yang tidak ada specific nama ‘Islam’ seperti UIA.
Masyarakat di luar mengharapkan UIA menghasilkan profesional2 yang baik akhlaknya,yang bagus penyampaian maklumatnya,yang terurus pengurusannya, yang benar-benar menguasai bidangnya dan yang paling penting mereka2 ini boleh dijadikan contoh sebagai profesional2 islam yang hadir di tengah masyarakat bagi membantu dan merungkai masalah masyarakat. Contoh-contoh professional seperti Dr Harlina Siraj,Dr Muhayya,Profesor Dr Sidek Baba(leh Tanya DR Google kalu x pernah dgr nama2 ni) antara figure2 yang boleh kita kaji bagaimana mereka berjaya meletakkan diri mereka ke tahap yang maksimum dengan memberi banyak solusi2 berguna untuk masyarakat. DrHarlina siraj dan Dr Muhayya misalnya,mereka bukan produk UIA tapi perwatakan mereka seolah2 mereka mampu mencerminkan diri sebagai profesioanal islam yang tulin.Jadi kita sebagai pelajar yang bernaung di bawah universiti yang ada padanya nama ‘islam’ seharusnya lebih lagi memaksimumkan kualiti akhlak kita,kualiti ibadah kita,kualiti zikir kita,kualiti kerja kita,kualiti soft skill kita,kualiti pengetahuan agama kita,kualiti pengetahuan am kita, semuanya hanya semata2 kita ikhlaskan untuk mencari REDHA ALLAH.Ini sepatutnya yang kita perlu fahami dan usahakan semaksimum mungkin.
Dan kesemua benda yang mahu kita usahakan seperti yang di atas perlu ada bekalan yang kita harus sentiasa jaga. Sebab perkara2 yang di atas itu bukan perkara kecil dan mudah dilaksanakan(orng kate cakap senang la,nak wat lom tentu).Tu sebab kita kena tahu ape sumber bekalan ‘tenaga’ utk kita capai perkara yang besar seperti yang telah disebutkan di atas.Sebab nak jadi orang hebat macam figure2 tadi(Dr Harlina Siraj dll) perjalannya panjang dan sukar.Jadi kena ada tenaga yang cukup..Orang kalau masuk larian merentas desa pun orang akan minum 100 plus bertin2  pada setiap kali check point,utk bertahan lama. Bgitu analogi kehidupan kita.Dalam buku Profesional Mukmin dikarang oleh Ustaz Pahrol Juoi, beliau ada menyebut SOLAT adalah bekalan hidup.Ia menjadi perantara hubungan antara ‘energi’ hati,emosi,akal dan fizikal dalm kehidupn. Mudah katenya sahabat2 sekalian,solat amat penting dan terlbih penting dari segala urusan lain.Ia jadi alat untuk kita rapat dengan ALLAH.Sebab kita akan hadapi 1001 macam masalah dan cabaran dalam dunia ni yang harus kita tangani satu persatu sebelum mencapai sasaran yang kita maksudkan di atas(menjadi professional islam yang hebat).Dan rasa tidak tenang,serabut otak,rasa stress itu sumenya symptom2 dari gejala masalah yang kita hadapi.Dan ramai pakar kaunseling dan motivasi ajar jika kita dalam keadaan tekanan,kita dapat kurngkan tekann dgn kita meluahkan/menceritakn masalah kita pada orng len..Cerita sahaja pun leh kurangkan stress(x caye leh cube)..itu pada orng,tapi kalu kite citer pada PENCIPTA kita ,meluahkan segla masalah yg terbuku,mengadu dan mengeluh padaNYA,semsetinya ia lebih lagi menenangkan sebb memang itu lah fitrah kita.Kita datang dari ALLAH maka kita harus kembali pada ALLLAH.Jika sakit,cari ALLAH,mengadu padanya apa sahaja.InsyaALLAH pasti Allah akan bantu kita.

Jadi tu sebblah solat amat2lah penting bagi kita wahai sahabat2 yang dikasihi ALLAH.Allah suh kita solat bukan DIA dapat untung atau rugi.ALLAH tetap ALLAH.DIA tetap MAHA KAYA dan xkan pernah terjejas sedikit pun dgn sebb kita laksanakan solat atau tidak.Tapi itu sume utk kebaikan kita.Solat itu amatlah penting walaubagaimana sibuk pun kita.Kita Perlukan Allah dalam hidup kita,dan solatlah penghubung kita dengan ALLAH.
                Atas sebab pentingnya peringatan(reminder kate orng putih) sesame Islam,maka marilah kita jaga solat fardhu kita.Marilah kita sama2 komited menjaga solat fardhu kita sebaik mungkin.Marilah kita sama2(terutama lelaki) kita solat di awal waktu secara bejemaah di rumah Allah(surau/masjid).(.bape banyak ‘mari’ daaa…hehe…tukar2),jom kita pertingkatkan kualiti solat kita.Ajak sahabat2 sebilik hadir ke rumah Allah utk sama2 kita drikan solat berjemaah..Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah walau sekali dalam detik hidupnya solat fardhu di sendirian di rumah..Sehingga nabi saw sakit pun nabi masih solat fardhu berjemaah(yang ni sgt syahdu).Betapa nabi saw cukup2 teliti dan bersungguh menjaga solat fardhu ni yang mana solatlah mula2 amal yang akan dihisab (dinilai) oleh Allah di akhirat nnti.
                Ya,mungkin kita student farmasi amat ‘busy’ dgn kerja dan studi kita.Tapi kesibukan2 tu xleh jd alasn sama sekali utk kita tiggalkan solat.Walaubagaimanapun beratny,penatnya,letihnya kita mesti laksanakannya..sebb kita xnk letih besok kat akhirat menjawab soalan2 dari ALLAH tentang solat kita(hakikatnya bukan mudah nak lepas kat akhirat kalau solat kita x jaga).Terutama solat subuh,ada segelintir dari kita study sampai pukul 2-3 pagi hingga letih  yang amat utk bangun solat subuh.Bukan salah studi sampai lewat malam,tapi yang salah kita tinggal solat subuh.Itu yang masalah.Jadi kena la hati2 hal ini wahai sahabat sekalian.Azab tiggal 1 solat subuh amat berat.Ni bukan hal kecik.X siap asigmnet kita duk gelabah,tapi nape kita xde perasaan yang sama bila kita gagal dirikan solat.Ini yang kita perlu check iman kita.Solat ebih utama dari segala perkara.Tapi jgn silap,bukan maksud studi kita harus abaikan.Tapi nak katanya,jagalah solat spertimana kita jaga studi kita.Jika kita taku kita ‘fail’ dalam studi kita,kita juga septutnya takut diazab Allah asbab kita tinggalkan solat atau melewat2kannya..
                Mudah2n diri kita sama2 dipelihara Allah dari perkara yang merosakkan iman kita.Kita sama2 doakan utk diri kita dan sahabat2 yg berada dalam bidang farmasi ini kuat dan tabah hadapi cabaran2 iman.Moga kita sama2 lahir menjadi profesional2 islam yang berkualiti,yang berakhlak mulia dan kaya dengan ilmu dan tidak hanya memikirkan tentang diri kita semata2..InsyaALLah.
-Secret Agent-


2 comments:

What say you?