- RESUME BERGAMBAR (BM / BI)
- Kad Pengenalan (Asal & Salinan)
- Surat daftar kelahiran (Birth Cert.) (Asal & Salinan)
- Sijil SPM atau setaraf (Asal & Salinan)
- Sijil STPM/Diploma (Asal & Salinan)
- Ijazah & Transkrip (Asal & Salinan) @
- Surat Pengesahan Pel. Tahun Akhir (asal sahaja)
- Sijil-sijil penghargaan (Asal sahaja)
Friday, March 30, 2012
checklist for SPA interview
labels:
class updates,
info,
pemberitahuan
additional notes for DIABETES
Mdm Diana nak share dgn kita lecture notes yang Mdm guna kat CUCMS...PIC (syamil & rusydi) please take note..boleh download nota ni...
labels:
class updates,
info,
notes,
pic subject
Sunday, March 25, 2012
Tcutisem!: Cerita Kita
- Saya ingin berkongsi sebuah cerita kepada kawan-kawan=) Cerita ini diceritakan oleh seorang sahabat saya untuk sama-sama menaikkan semangat dan memotivasikan kembali diri. Ceritanya berbunyi begini:
Di dalm sebuah hutan rimba yang menghijau, terdapat pelbagai spesies binatang rimba yang hidup aman dan harmoni. Di satu sudut rimba yang luas tu, ada seekor anak singa yang menangis keseorangan meratapi kematian ibunya sehari lepas kerana sakit. Dia tidak mempunyai adik beradik lain dan ayahnya entah ke mana. Dia keseorangan menangis teresak-esak. Kebetulan, seekor ibu kambing bersama anak-anaknya sedang bersiar-siar, melalui kawasan anak singa yang sedang bersedih tu.
Maka, ibu kambing bertanya kepada anak singa tu, “Wahai anak singa, mengapa kamu menangis? Mana ibu mu?” Anak singa yang sedang teresak-esak tu terkejut dengan sapaan ibu kambing tu dan berhenti menangis. Dia kemudian menjawab, “ Ibu saya baru meninggal semalam. Dan saya sekarang keseorangan dalam hutan rimba ni wuuuhuu” Anak singa kemudian menangis lagi. Ibu kambing yang melihat keadaan anak singa itu merasa kasihan kepada anak singa itu dan berkata, “Marilah bersama-sama kami. Kami sedang bersiar-siar. Jangan bersedih lagi. Kamu ada kami bersama.” Anak singa merasa terharu dan mengikut ibu kambing dan anak-anaknya. Dia tidak merasa keseorangan lagi walaupun mereka berlainan spesies. Ibu kambing dan anak-anaknya menggap anak singa itu macam ahli keluarga mereka sendiri. Mereka sama-sama bermain, makan bersama dan tidur bersama. Anak singa tidak merasa yang dia merupakan seekor singa kerana sudah lama bersama keluarga kambing yang baik itu sehinggakan sekarang dia sudah tidak pandai mengaum, malah telah belajar mengembek macam anak-anak kambing.
Setelah beberapa lama bersama, suatu hari sedang mereka bermain-main, tiba-tiba datang seekor serigala yang mahu menerkam anak-anak kambing. Anak-anak kambing lari bertempiaran kerana takut. Anak singa juga lari bersama mereka dan menyorok di satu tempat yang selamat. Setelah mereka bertenang, ibu kambing membilang anaknya yang seramai 4 ekor itu. Tetapi, hanya ada 3 ekor sahaja di situ dan seekor anak singa. Tahulah ibu kambing bahawa seekor anak-anaknya telah dibaham serigala. Dia kemudian memarahi anak singa dan berkata, “Kenapa kamu lari jugak? Kamu patut mempertahankan anak-anak mak. Kamu kan seekor singa. Kamu boleh lawan serigala tadi kerana kamu singa, lebih kuat dari kami!” Anak singa itu berdiam diri sahaja ketika dimarahi. Dia tidak tahu kenapa dia pun turut lari, sedangkan saiznya lebih besar dari serigala tadi.
Berlalu beberapa bulan, mereka kembali melalui kehidupan seperti biasa dan seperti sebelum ni, anak singa dan keluarga kambing tu melakukan aktiviti bersama-sama. Sehingga satu hari, datang seekor singa besar mendekati keluarga kambing itu yang sedang asyik berehat-rehat. Tapi, singa itu berasa pelik apabila melihat seekor anak singa ada bersama kambing-kambing. Mereka dapat duduk bersama tanpa bergaduh. Lalu, singa itu mengaum untuk memberi amaran kepada kambing-kambing tersebut bahawa dia datang. Kambing-kambing dan anak singa terkejut kemudian lari untuk menyelamatkan diri. Singa itu mengejar mereka, tetapi singa tersebut bukan berniat ingin menerkam kambing. Tetapi dia ingin mengejar anak singa tersebut.
Setelah penat mengejar, singa dan anak singa itu kepenatan kemudian berhenti. Singa kemudian bertanya kepada anak singa, “Engkau seekor singa macam aku, tapi kenapa kau bersama kambing-kambing tadi?” Anak singa itu diam sahaja dan tidak menjawab. Singa itu kemudian mengaum. Anak singa terkejut dan terkeluar ‘embekan’ daripadanya. Dia sudah tidak pandai mengaum, malah sudah boleh mengembek macam adik beradik tirinya. Kemudian singa itu berkata kepada anak singa tersebut, “Mulai hari ini, kamu ikut aku!”
Dah abis baca? Maaf panjang sikit ceritanya. Kalu bercerita dengan mulut kejap je hehe. Jadi, apa yang kita boleh dapat dari cerita “Anak singa dan keluarga kambing” di atas?
Yup, anak singa sudah bertukar maenjadi kambing! Bila kita fikir, how can anak singa boleh bertukar ‘nature’nya dari seekor singa kepada seekor kambing? Ya, kita akan terpengaruh dengan apa yang ada di sekeliling kita. Jika anak singa itu terpengaruh dengan tabiat dan ‘nature’ kambing, manusia juga akan mudah terpengaruh dengan manusia lain yang berada di sekelilingnya, terutamanya kawan. Jadi, carilah kawan-kawan yang baik mendampingi kita, kerana kawan kita adalah cerminan diri kita.
Dan, kita perlu tahu di mana kelebihan dan potensi diri kita untuk kita memberi dan menyumbang kepada orang lain, terutamanya kepada orang sekeliling kita.
Pernah dengartak wisdom, “ You are now what you think in the past. And who are you in the future is what you decide today”. Saya lupa ini kata-kata dari siapa tapi saya nak kongsi apa makna di sebalik kata-kata ni. –“Anda sekarang adalah apa yang anda fikir pada masa lepas. Dan siapa anda pada masa akan datang adalah hasil keputusan anda pada hari ini”. Dulu…Masa kita nak isi boring kita berfikir, “Aku nak jadi apa ye? Memang la nak jadi manusia, tapi nak mitak course apa ye..Nati nak kerja senang..” and so on.. Then , kita decide nak amik course farmasi. So, jadilah sekarang kita pelajar tahun akhir jurusan farmasi. Dan, jika sekarang kita buat keputusan, “Lepas ni aku nak grad, dapat ijazah then keje. Aku nak jadi seorang Clinical Pharmacist yang hebat….” and so on…Jika ini yang kita decide, itulah kita nanti pada masa akan datang. Macam anak singa tadi , dia telah decide untuk menjadi seekor kambing dan melupakan asal-usulnya..Jadilah dia seekor singa berperangai kambing. Jadi, marilah kita decide dan pasang niat sekarang untuk menentukan siapa kita pada masa hadapan!
Setelah kita membuat keputusan, berusahalah sambil bertawakal dan berserah kepada Allah.
Allah berfirman: “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq:3)
Dan, jangan lupa untuk berdoa kerana Allah telah berjanji, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu”(Surah Ghafir:60). Mari kita senyum dan pasang niat, “Aku nak jadi ahli farmasi yang beriman dan soleh/ah!”=)Selamat menyelusuri kehidupan berkerjaya sedikit masa lagi dan juga kehidupan berumah tangga~
Wallahu'alam.
-NHR (^_^)
labels:
tazkirah
Friday, March 23, 2012
ASSIGNMENT FOR PHM 4232: ADMINISTRATION & MANAGEMENT IN PHARMACY
GROUP LEADERS;
1. Yazid
2. Acap
3. Adzwan
4. Syakirin
5. Nordin
6. Rusydi
7. Hilmi
8. Azriim
9. Izhar
10. Ahmad
11. Hafiz Yunus
12. Khairul Bazli
list group member will be updated later...
labels:
assignment,
pemberitahuan,
pic subject
Tuesday, March 20, 2012
additional notes for RA,OA,GOUT
Mdm Diana nak share dgn kita lecture notes yang Mdm guna kat CUCMS...PIC (syamil & rusydi) please take note..boleh download nota ni...
labels:
class updates,
pemberitahuan,
pic subject
Monday, March 19, 2012
DDS CLASS UPDATED
20.3.12
Lab practical is cancelled. it will be replaced with - Discussion I with respective supervisor (the PGs) on Lit. Rev (3-4pm).
23.3.12
Discussion on Lit Rev, II (1135-1235).
UG will write Lit.Rev : Minimum of 5 pages (font size 11, double spacing, times new roman) need to be submitted to respective supervisor after semester break. deadline of submission: 2.4.12.
Lab session/hands on shall be started on the 4th of April (2-4pm). Please see attached file for the exact schedule. tq
labels:
class updates,
jadual
Sunday, March 18, 2012
Slide preparation utk HMR sok
Salam
Ni slide T2 DM mdm bru bg utk preparation hmr sok,,sori x sempat nk print,,
NI OPTIONAL, sape nk bole bace,,
PENTING: kLIK SINI
Ni slide T2 DM mdm bru bg utk preparation hmr sok,,sori x sempat nk print,,
NI OPTIONAL, sape nk bole bace,,
PENTING: kLIK SINI
Checklist utk HMR sok
8.45 a.m kumpol kt KOP,,kol 9 gerak..
Barang2 nk bwk sok:
1) Questionnaire yg mdm bg ari jmt ritu kt ketua kumpulan
2) Profile form (brothers dpt sok)
3) Lab coat (sape yg involve ngn health screening)
4) Calculator
5) Matric card
6) Alat tulis
7) Notebook/ Kertas kosong utk salin pape mklumat pasal patient
Pakaian: Formal attire
Barang2 nk bwk sok:
1) Questionnaire yg mdm bg ari jmt ritu kt ketua kumpulan
2) Profile form (brothers dpt sok)
3) Lab coat (sape yg involve ngn health screening)
4) Calculator
5) Matric card
6) Alat tulis
7) Notebook/ Kertas kosong utk salin pape mklumat pasal patient
Pakaian: Formal attire
Saturday, March 17, 2012
IMPORTANT: CAKNA DIABETES
Assalamualaikum,,
Cakna Diabetes Program (HMR)
1) Waktu bertolak
Isnin 19 Mac 2012, kite akn bertolak kol 9, lps klas Dr. Noordin.
Bas 1 : Group 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 13, 14
Bas 2 : Group 9, 10, 11, 12, 15, 16, 17, 18, 19
*List group tgk kt post sblom ni
2) Aktiviti yang akan dijalankan
Health Screening
10.30 a.m – 1.30 p.m : Health Screening
Check glucose, blood pressure and BMI
Total hours: 3 hours jadi setiap 1 jam akan ade 19 orang yang akan jage bahagian health screening secare bergilir, 19 orang nie di pilih daripada setiap group.
*Jadual sape yang kene wat health screening bleh tengok kat jadual kat bawah (ATAS ARAHAN MADAM ROHANI)
Case summary
Pada mase yang same, remaining group members akan buat case summary
Setiap group akan dapat 1 case note, dan kite kene salin maklumat yang diperlukan
dalam case profile form yang diberikan pada setiap group.
3) HMR
2.30p.m – 4.30 p.m: Pergi rumah patient utk HMR
Untuk HMR total ade 3 visit
1st visit: 19th March 2012 (Monday)
2nd visit: 21st April 2012 (Saturday)
3rd visit: 12th May 2012 (Saturday)
*2nd and 3rd visit kite sume g skali naek bas, jadi mase visit nati gtau patient awal2 utk 2nd and 3rd visit tu, mtk patient kosongkn due tarikh tu. In case patient x free salah satu o due2 tarikh tu gtau Mdm. Rohani.
****Mdm baru bagitau ptg td,,
Wednesday, March 14, 2012
PROVISIONAL REGISTRATION
fill in this form n submit to WANI MOHD or HAFIZIE before this friday (16 March)...please attach a copy of your IC too...
tolong sebarkan kpd smua kwn kelas kita
envelope n setem smua tu,akan disediakan...
sebarang masalah, sila rujuk CR & ACR
labels:
class updates,
pemberitahuan,
special announcement
Tuesday, March 13, 2012
ASSALAMU'ALAIKUM
Utk discussion CP2 n PT2 hari Khamis ni, silalah semak status anda di link ini:
https://docs.google.com/document/d/1ULxFuIgB4a1mAkRbd-bYiXAJWE30XyYjkP2e38jWDR0/edit
https://docs.google.com/document/d/1ULxFuIgB4a1mAkRbd-bYiXAJWE30XyYjkP2e38jWDR0/edit
Saturday, March 10, 2012
assignment DDS
TITLE 1: Effect of different excipients on the flow properties of capsule formulation
(Br. Anas, Master candidate)
STUDENTS:
0815560 SITI SARAH BT ILIAS
0813292 AQILAH BT MOHD HUZIR
0813904 HASANAH BT MUHAMAD
STUDENTS:
0815346 NURUL AINANI BT SOHAIMI
0819944 MARYAM SAKINAH BT SUHAIMI
0818048 SYARIFAH NAEMAH BT SYED HISHAMUDIN
TITLE 3: Preparation and Characterization of gentamicin-loaded chitosan/PLGA microspheres using N. sativa as surfactant. (Br. Fahmi, Master-Lecturer KAHS)
STUDENTS:
0811222 | NAJIHAH BT MOHAMAD SHUKRI |
0810956 | NUR AFERA BT ABDUL GHANI |
0811992 | WAN MARIANA BT WAN OSMAN |
TOPIC 4: Effect of surfactants on the Glass Transition of the NP loaded with α-mangostin (Br. Aiman, Master candidate)
STUDENTS:
0811671 AZRIIM DANIAL ASHRAF BIN CHE IBRAHIM
0815375 MUHAMMAD SYAZWAN BIN MAAROF
0711647 MOHD HASBULLAH BIN HARUN
TOPIC 5: Preparation and characterization of cream of Cassia Alata microshperes for topical applications. (Br. Mulham, Master candidate)
STUDENTS:
0815712 SYAZA LIYANA BT SALLEH
0818910 FATIMAH ZAHARAH BT YUSUF
0819390 HANNAH MURSHIDAH BT ZULKIFLI
TITLE 6: Preparation and characterization of nanoparticles. (Sr. Izzati, Master candidate)
STUDENTS:
0814992 WAN IMTIYAZ BT WAN MOHD AZAM
0816400 WAN SITI SUHAILA BT ABDUL LATIP
0810472 NURUL AMIRAH BT YUSOF
TOPIC 7: CELL CULTURE IN NEURITE OUTGROWTH STUDY (Sr. Hafizah, Master candidate)
STUDENTS:
0817786 NUR AZHANI BT ZAINOL ABIDIN
0811460 NUR LIYANA BT MOHD FOZI
0818156 NUR SULAIHAH BT HJ OMAR
TITLE 8: 3D Quantitative Structure Activity Relationship (3D-QSAR) and Molecular Docking Simulation of Quinazoline Sulphonamides as Inhibitors of B-cell Lymphoma 2 (Bcl-2) and B-cell Lymphoma Extra Large (Bcl-xL). (Sr. Nadia; Dr. Abu Bakar)
STUDENTS:
0815008 MAFIZA BT CHE MAT ISA
0811454 AINI ROSMIZA BT MOHD SUHAIMIN
0815392 NURUL SYAZWANI BT MOHAMAD
labels:
assignment,
class updates
ANNOUNCEMENTS...
Sila bayar baki duit buku kepada sakina nur najah sebelum rabu (14 mac)..sila masukn duit ke dalam sampul yg bertulis nama penuh, jumlah bayaran yg dibuat, senarai buku yg dibeli
sila klik link di bawah ni utk buat Malaysian Soft Skill Survey sebelum 25 march 2012
KUIZ CPk just be prepared...d lecturer don't want to inform bila exactly dia nk wat kuiz tu..tajuk semua yg dr ramadan dh ajar..
labels:
class updates,
info,
pemberitahuan,
quizzes
Wednesday, March 7, 2012
Jangan Marah
Insyaallah kita boleh merasa bahagia dan tenang dengan mengelakkan diri dari perasaan marah dalam apa jua keadaan. Apabila seseorang marah kepada orang lain dengan kata-kata dan perbuatan ia pasti memberi kesan negatif kepada orang yang dimarah disamping orang yang marah itu sendiri akan merasa tertekan walaupun marahnya telah dilepaskan kepada orang lain.
ليس الشديدُ بالصُّرعَة قالوا : فمن الشديدُ يا رسول الله ؟ قال : الذي يملكُ نَفْسَه عند الغضب
Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Orang kuat itu bukanlah orang yang yang kuat bertarung, Meraka bertanya, siapa yang kuat wahai Rasulullah, Baginda menjawab; orang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.”
Sesiapa banyak bercakap maka banyak pula salahnya dan barangsiapa banyak salah maka banyak pula dosanya, dan barangsiapa banyak dosanya maka api neraka lebih utama baginya
Jika seseorang marah, hendaklah diam. Kebanyakan penyebab retaknya rumah tangga / keluarga adalah ketika suami/isteri marah, mereka tidak diam. Justru melontarkan perkataan yang menyakitkan hati pasangannya. Padahal dengan diam pun pasangan kita tahu kita sedang marah tanpa membuat dia sakit hati karena perkataan kita.
Apabila ada orang yang mencaci-maki kita berkaitan apa yang ada pada diri kita, janganlah kita marah dan membalas cacian dan makian kerana pahalanya untuk kita dan kecelakaan untuk dia.
Tahukah kamu siapa orang yang muflis? Para sahabat menjawab, “Allah dan rasulNya lebih mengetahui.” Nabi Saw lalu berkata, "Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan puasa, shalat dan zakat, tetapi dia pernah mencaci-maki orang ini dan menuduh orang itu berbuat zina. Dia pernah memakan harta orang itu. Di akhirat orang-orang yang disakitinya menuntut dan mengambil pahalanya sebagai tebusan. Bila pahalanya habis sebelum selesai ganti rugi atas dosa-dosanya maka dosa orang-orang yang menuntut itu diletakkan di atas bahunya lalu dia dihempaskan ke api neraka.”
Firman Allah swt;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1409] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim [Al Hujuraat:11]
Tips supaya tidak marah:
- Baca ta’awudz kerana syaitan membisikkan kepada manusia untuk berbuat dosa termasuk marah. Berlindunglah terhadap Allah.
- Bersabar dan tahan kemarahan.
- Diam
- Jika berdiri, duduk.
- Jika masih marah, berwudhu'
- Jika terpaksa bicara, beritahu cara yang benar dan hikmah
-H A H-
labels:
tazkirah
Tuesday, March 6, 2012
::Buruk sangka::
Assalamualaikum sahabat2 sekalian…
Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit tentang sifat buruk sangka.
Buruk sangka ni ape ek?
Buruk sangka atau suuzon bermaksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Ia merupakan satu dari penyakit hati yang amat kronik dan boleh membawa kepada sifat-sifat mazmumah lain seperti bongkak, dendam, zalim dan sebagainya.
Ishk3… bahaya kn, sifat buruk sangka ni. Sifat buruk sangka ni jgk blh menyebabkan renggangnye persahabatan dan ukhuwwah di antara kite sume. Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
Hah, jika dilihat kepada ayat di atas, Allah mengingatkan kite bahawa sebhgn dri sangkaan kite itu adalah dosa. Knp? Krn, sangkaan tu mgkin wujud kerana sifat iri hati dan hasad dengki yg ade dlm diri kite. Maka, mulalah timbul tuduhan2 yg xberasas.
Kt sini sy nk share 1 crite yg sy petik dri blog iluvislam.com. Crite die mengisahkn tentang seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda yang berdua-duaan dengan seorang wanita.
Suatu hari, di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terdapat sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"
Tiba-tiba, Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripadaku, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat aku tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedangkan aku telah menyelamatkan enam orang."
Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."
Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."
Moral of the story, janganlah kite mudah buruk sangka pada org lain dan memandang rendah pada org lain. Blm tentu lg yg die tu jahat dan belum tentu jgk yg kite ni lbh mulia drp org tu..
Allah mengingatkan kita dalam al-Quran (Surah Al Hujuraat: 6) bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”
Jadi, kalau kite tgk sesuatu or dgr sesuatu yg xbaik psl kwn kite or sape2 je, maka adlh lbh baik jika kite selidik dlu dan jgn buat tuduhan melulu dan bersangka buruk.
Sekian shj tazkirah bt hari ini.. annyeong~
-chempaka94-
Subscribe to:
Posts (Atom)