- Saya ingin berkongsi sebuah cerita kepada kawan-kawan=) Cerita ini diceritakan oleh seorang sahabat saya untuk sama-sama menaikkan semangat dan memotivasikan kembali diri. Ceritanya berbunyi begini:
Di dalm sebuah hutan rimba yang menghijau, terdapat pelbagai spesies binatang rimba yang hidup aman dan harmoni. Di satu sudut rimba yang luas tu, ada seekor anak singa yang menangis keseorangan meratapi kematian ibunya sehari lepas kerana sakit. Dia tidak mempunyai adik beradik lain dan ayahnya entah ke mana. Dia keseorangan menangis teresak-esak. Kebetulan, seekor ibu kambing bersama anak-anaknya sedang bersiar-siar, melalui kawasan anak singa yang sedang bersedih tu.
Maka, ibu kambing bertanya kepada anak singa tu, “Wahai anak singa, mengapa kamu menangis? Mana ibu mu?” Anak singa yang sedang teresak-esak tu terkejut dengan sapaan ibu kambing tu dan berhenti menangis. Dia kemudian menjawab, “ Ibu saya baru meninggal semalam. Dan saya sekarang keseorangan dalam hutan rimba ni wuuuhuu” Anak singa kemudian menangis lagi. Ibu kambing yang melihat keadaan anak singa itu merasa kasihan kepada anak singa itu dan berkata, “Marilah bersama-sama kami. Kami sedang bersiar-siar. Jangan bersedih lagi. Kamu ada kami bersama.” Anak singa merasa terharu dan mengikut ibu kambing dan anak-anaknya. Dia tidak merasa keseorangan lagi walaupun mereka berlainan spesies. Ibu kambing dan anak-anaknya menggap anak singa itu macam ahli keluarga mereka sendiri. Mereka sama-sama bermain, makan bersama dan tidur bersama. Anak singa tidak merasa yang dia merupakan seekor singa kerana sudah lama bersama keluarga kambing yang baik itu sehinggakan sekarang dia sudah tidak pandai mengaum, malah telah belajar mengembek macam anak-anak kambing.
Setelah beberapa lama bersama, suatu hari sedang mereka bermain-main, tiba-tiba datang seekor serigala yang mahu menerkam anak-anak kambing. Anak-anak kambing lari bertempiaran kerana takut. Anak singa juga lari bersama mereka dan menyorok di satu tempat yang selamat. Setelah mereka bertenang, ibu kambing membilang anaknya yang seramai 4 ekor itu. Tetapi, hanya ada 3 ekor sahaja di situ dan seekor anak singa. Tahulah ibu kambing bahawa seekor anak-anaknya telah dibaham serigala. Dia kemudian memarahi anak singa dan berkata, “Kenapa kamu lari jugak? Kamu patut mempertahankan anak-anak mak. Kamu kan seekor singa. Kamu boleh lawan serigala tadi kerana kamu singa, lebih kuat dari kami!” Anak singa itu berdiam diri sahaja ketika dimarahi. Dia tidak tahu kenapa dia pun turut lari, sedangkan saiznya lebih besar dari serigala tadi.
Berlalu beberapa bulan, mereka kembali melalui kehidupan seperti biasa dan seperti sebelum ni, anak singa dan keluarga kambing tu melakukan aktiviti bersama-sama. Sehingga satu hari, datang seekor singa besar mendekati keluarga kambing itu yang sedang asyik berehat-rehat. Tapi, singa itu berasa pelik apabila melihat seekor anak singa ada bersama kambing-kambing. Mereka dapat duduk bersama tanpa bergaduh. Lalu, singa itu mengaum untuk memberi amaran kepada kambing-kambing tersebut bahawa dia datang. Kambing-kambing dan anak singa terkejut kemudian lari untuk menyelamatkan diri. Singa itu mengejar mereka, tetapi singa tersebut bukan berniat ingin menerkam kambing. Tetapi dia ingin mengejar anak singa tersebut.
Setelah penat mengejar, singa dan anak singa itu kepenatan kemudian berhenti. Singa kemudian bertanya kepada anak singa, “Engkau seekor singa macam aku, tapi kenapa kau bersama kambing-kambing tadi?” Anak singa itu diam sahaja dan tidak menjawab. Singa itu kemudian mengaum. Anak singa terkejut dan terkeluar ‘embekan’ daripadanya. Dia sudah tidak pandai mengaum, malah sudah boleh mengembek macam adik beradik tirinya. Kemudian singa itu berkata kepada anak singa tersebut, “Mulai hari ini, kamu ikut aku!”
Dah abis baca? Maaf panjang sikit ceritanya. Kalu bercerita dengan mulut kejap je hehe. Jadi, apa yang kita boleh dapat dari cerita “Anak singa dan keluarga kambing” di atas?
Yup, anak singa sudah bertukar maenjadi kambing! Bila kita fikir, how can anak singa boleh bertukar ‘nature’nya dari seekor singa kepada seekor kambing? Ya, kita akan terpengaruh dengan apa yang ada di sekeliling kita. Jika anak singa itu terpengaruh dengan tabiat dan ‘nature’ kambing, manusia juga akan mudah terpengaruh dengan manusia lain yang berada di sekelilingnya, terutamanya kawan. Jadi, carilah kawan-kawan yang baik mendampingi kita, kerana kawan kita adalah cerminan diri kita.
Dan, kita perlu tahu di mana kelebihan dan potensi diri kita untuk kita memberi dan menyumbang kepada orang lain, terutamanya kepada orang sekeliling kita.
Pernah dengartak wisdom, “ You are now what you think in the past. And who are you in the future is what you decide today”. Saya lupa ini kata-kata dari siapa tapi saya nak kongsi apa makna di sebalik kata-kata ni. –“Anda sekarang adalah apa yang anda fikir pada masa lepas. Dan siapa anda pada masa akan datang adalah hasil keputusan anda pada hari ini”. Dulu…Masa kita nak isi boring kita berfikir, “Aku nak jadi apa ye? Memang la nak jadi manusia, tapi nak mitak course apa ye..Nati nak kerja senang..” and so on.. Then , kita decide nak amik course farmasi. So, jadilah sekarang kita pelajar tahun akhir jurusan farmasi. Dan, jika sekarang kita buat keputusan, “Lepas ni aku nak grad, dapat ijazah then keje. Aku nak jadi seorang Clinical Pharmacist yang hebat….” and so on…Jika ini yang kita decide, itulah kita nanti pada masa akan datang. Macam anak singa tadi , dia telah decide untuk menjadi seekor kambing dan melupakan asal-usulnya..Jadilah dia seekor singa berperangai kambing. Jadi, marilah kita decide dan pasang niat sekarang untuk menentukan siapa kita pada masa hadapan!
Setelah kita membuat keputusan, berusahalah sambil bertawakal dan berserah kepada Allah.
Allah berfirman: “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq:3)
Dan, jangan lupa untuk berdoa kerana Allah telah berjanji, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu”(Surah Ghafir:60). Mari kita senyum dan pasang niat, “Aku nak jadi ahli farmasi yang beriman dan soleh/ah!”=)Selamat menyelusuri kehidupan berkerjaya sedikit masa lagi dan juga kehidupan berumah tangga~
Wallahu'alam.
-NHR (^_^)
Sunday, March 25, 2012
Tcutisem!: Cerita Kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?