Tuesday, March 6, 2012

::Buruk sangka::

Assalamualaikum sahabat2 sekalian…
Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit tentang sifat buruk sangka.


Buruk sangka ni ape ek?
Buruk sangka atau suuzon bermaksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Ia merupakan satu dari penyakit hati yang amat kronik dan boleh membawa kepada sifat-sifat mazmumah lain seperti bongkak, dendam, zalim dan sebagainya.




Ishk3… bahaya kn, sifat buruk sangka ni. Sifat buruk sangka ni jgk blh menyebabkan renggangnye persahabatan dan ukhuwwah di antara kite sume. Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

Hah, jika dilihat kepada ayat di atas, Allah mengingatkan kite bahawa sebhgn dri sangkaan kite itu adalah dosa. Knp? Krn, sangkaan tu mgkin wujud kerana sifat iri hati dan hasad dengki yg ade dlm diri kite. Maka, mulalah timbul tuduhan2 yg xberasas.

Kt sini sy nk share 1 crite yg sy petik dri blog iluvislam.com. Crite die mengisahkn tentang seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda yang berdua-duaan dengan seorang wanita.

Suatu hari, di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terdapat sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

Tiba-tiba, Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripadaku, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat aku tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedangkan aku telah menyelamatkan enam orang."

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."

Moral of the story, janganlah kite mudah buruk sangka pada org lain dan memandang rendah pada org lain. Blm tentu lg yg die tu jahat dan belum tentu jgk yg kite ni lbh mulia drp org tu..

Allah mengingatkan kita dalam al-Quran (Surah Al Hujuraat: 6) bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Jadi, kalau kite tgk sesuatu or dgr sesuatu yg xbaik psl kwn kite or sape2 je, maka adlh lbh baik jika kite selidik dlu dan jgn buat tuduhan melulu dan bersangka buruk. 
Sekian shj tazkirah bt hari ini.. annyeong~


-chempaka94-

No comments:

Post a Comment

What say you?