Friday, October 29, 2010

Motivasi: Exam & Exam


Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.
Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.
Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:
“Antum allaziina la yakhafuunallah!”
Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.
Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?
Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.
Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.
“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”
Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan anda yang susah sangat!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada saya!”
Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.
Seorang pelajar lagi berkata: “Anda ajar, kami tak faham. Uslub anda susah!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kamu pernah datang ke bilik saya dan suruh saya terangkan semula apa yang kamu tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.
Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini anda tidak ajar pun!”
Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kamu yang ponteng kelas pada hari itu?”
Pelajar itu diam.
Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Dan tiada siapa lagi yang bersuara.
Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.
Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh.
Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh?
Fahamkah kamu maksud ayat ini:
“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.
Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’?
Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini?
Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu(dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak.
Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.
Tidakkah anda melihat?
Hilal Asyraf terbaik!!! Gud Luck Exam ^_^

No comments:

Post a Comment

What say you?